TUTOR WAJIB JELAS CAREER PATH!

Kenapa Mesti Jelas Career Pathway Anda Sebagai Tutor Sukses? Ini Antara 3 Faktor Utamanya.


Titik tolak sebuah kejayaan adalah bermula dengan career pathway anda. Jika anda tiada career pathway, bagaimana anda cuba untuk capai apa yang di target?

Ketahuilah, dengan adanya ketetapan career pathway yang jelas, anda tentunya terdorong untuk dapatkan kekuatan dan guide untuk terus berada dalam bidang yang diceburi. Tak percaya? Jom kita lihat kepentingan career pathway ini.


Sebelum saya meneruskan lagi, cuba tanya pada diri anda, apakah matlamat anda dalam bidang tutoring? Nak lebih baik, coretkan matlamat anda itu diatas sehelai kertas. Habis pembacaan, nilaikan sejauh mana matlamat anda itu boleh dicapai.


Catatkan Matlamat Anda Secara Spesifik

Contoh matlamat yang biasa di dapati oleh seorang tutor ialah:

  1. Bermula mengajar secara home tutor, upgrade kepada pusat tuisyen
  2. Dari mengajar one to one, kepada mengajar one to many

Jadi, berdasarkan matlamat yang anda impikan, adakah anda rasa ia cukup spesifik? Jelaskah ia dimata anda. Jika belum jelas, ubah mindset anda. Ubah matlamat anda kepada yang lebih terperinci. Selepas itu, tentu anda akan jelas dengan matlamat tersebut.


Baik..selesai sudah bahagian catat matlamat. Seterusnya, apa yang anda ingin lakukan dengan sekeping matlamat itu? Pandang sepi sahaja ke? Kalau begitu, tentunya matlamat anda secara automatik musnah.


Apa caranya untuk tidak musnah? Run action! Tentunya anda pernah mendengar perkataan ‘fast action, fast result’. Bila anda jelas dengan matlamat anda, pastinya anda akan mula laksanakan langkah demi langkah untuk pegang matlamat anda itu.


Faktor pertama kenapa mesti jelas career pathway ialah katakan tidak pada mindset yang lakukan sesuatu hanya untuk cuba-cuba. Bila tujuan utama adalah cuba-cuba, anda telah meletakkan diri anda dalam kategori yang mudah untuk beri alasan jika gagal.


Bila perkataan cuba-cuba di ketengahkan, pastinya cubaan melakukan perkataan tersebut hanyalah ringan-ringan sahaja. Erti kata mudah, ‘take for granted’, sedangkan kita boleh pergi lebih jauh.


Jika anda ikuti kisah Jack Ma, beliau berkata umur 20-30 atau 35 tahun, tolong buat ‘mistake’ seberapa banyak yang boleh. Kerana dari mistake itulah boleh dijadikan pendapatan untuk kita.


Berani ambil risiko. Terima kritikan dan cabaran. Set dalam minda bahawa ia adalah untuk perjalanan kejayaan anda. Jauhi sifat sombong dan tak nak belajar. Respect guru anda.


Jelaskah anda dengan tugas tutor? Setuju ke Tutor ni hanya mengajar? Jawapannya salah. Full time Tutor merangkumi tugas mengajar dan di samping itu akan ada pendapatan lain seperti jualan modul, begkel, talk dan sebagainya.


Faktor kedua, apabila matlamat sudah jelas, tindakan anda juga turut jelas. Di sini peluang akan mula terbuka luas di hadapan mata anda. Pada saat ini, anda perlu bijak untuk ambil atau lepas peluang yang ada.


Terkadang peluang yang sama datang berkali-kali, namun dilepaskan begitu sahaja kerana mindset yang tidak berani menonjol lebih ke hadapan. Terlalu banyak alasan yang di cipta.


Faktor ketiga, adakan minda orang kaya. Maksud disini bukan minda orang kaya yang bangun pagi-pagi, hirup secawan kopi, ditemani teko berasap dan bau wangi bersama satu lembaran surat kahabar hii.. Maksudnya mempunyai minda yang kaya. Macam mana tu? Belajar untuk berubah, usaha untuk kekal dalam bidang dan semestinya nak improved dari masa ke semasa.


Nak berjaya, wajib bagi THE BEST! Katakan tidak pada minda miskin. Minda yang tak nak berubah, nak kerja senang pap2 tros siap. Bila bagi tugas, culas. Tak buat betul-betul. Padahal, apabila dilaksanakan secara automatik ia akan bantu bina branding.


Please bare in your mind, the best investment is gain experience. Banyakkan ikuti perkara yang positif. Setkan perkara yang akan dilakukan pada setiap hari. Tiruvasi hasil-hasil yang telah berjaya. Jadikan ia salah satu faktor pembakar matlamat untuk anda pegang.


Jadi, jelaskah anda dengan matlamat yang telah di catat tadi? Lihat sekali lagi, jika terasa samar-samar, lakukan perubahan. Jika sudah jelas, cari cara untuk realisasikan impian anda itu.


Perlu lebih bimbingan untuk kembangkan kerjaya sebagai tutor/ tutorpreneur, daftar secara terus di FB Page : Tutor Profesional Malaysia . Anda akan dibantu secara personal.


19 September 2020 l Penulisan: Nur’Ain Adni | Video & Idea Asal: Amir Syazwan Manaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *