3+1 GIVE UP Yang Tutor Perlu Lakukan Untuk Terus Sukses!

3+1 GIVE UP Yang Tutor Perlu Lakukan Untuk Terus Sukses!

Pada kebiasaan kita mendengar perkongsian jangan give up kan? Tapi kali ini kelainan yang dibawa iaitu perlu give up. Perkara yang perlu give up untuk bergelar Tutor yang sukses.

Sebelum itu, apa aktiviti seharian anda pada waktu pagi usai subuh? Adakah sambung tidur atau terus lakukan aktiviti yang pada anda bermanfaat?

.

.

Sahabat semua, waktu selepas subuh adalah waktu yang paling tepat untuk kita cari kekuatan dan ketenangan hati. Baca Al-quran, basahkan lidah dengan zikrullah dan tingkatkan amalan kita dengan Allah.

Sebelum saya masuk kepada tajuk give up, izinkan saya berkongsi satu doa yang boleh dijadikan amalan harian. Lepas bacaan tahiyat akhir, sebelum beri salam kiri dan kanan, baca doa dibawah:

Doa Harian Waktu Pagi.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang dapat dikongsikan kepada ramai orang diluar sana.

Kedua (dari doa diatas), berkaitan dengan rezeki. Rezeki boleh dikategorikan dalam banyak perkara. Semestinya kita mahukan rezeki yang baik dan berkat. Antara rezeki yang paling ketara ialah rezeki dengan insan sekeliling kita seperti dengan keluarga dan sahabat handai kita.

.

.

Ketiga, mua malan mutaqabbalan. Iaitu amalan yang diterima. Kita nak Allah terima amalan kita. Tanya pada diri anda, adakah perbuatan anda diterima Allah atau sebaliknya? Jadi, semoga dapat jawapan dalam apa jua yang dilakukan.

Masih setia dengan pembacaan ini? Terima kasih dan tahniah saya ucapkan. Sekarang saya akan masuk point give up yang pertama.

.

.

Give up yang pertama adalah give up untuk tunggu sempurna. Saya seru Tutor semua untuk tolong give up dengan menunggu kesempurnaan. Katanya nak tunggu sempurna dahulu baru boleh mulakan sesuatu.

Tidak perlu ya tuan puan. Mulakan dan jalankan terus. Apabila kita tidak menunggu kesempurnaan, kita akan enjoy the process. Sebab saya tahu bahawa ramai yang dekat luar sana tidak suka progress. Betul?

.

.

Kita semua terlalu dikaburi dengan perkara yang dah sudah berjaya. Contoh, kita nampak sesorang itu memiliki rumah yang besar, kereta sport yang mewah (CRV, Lotus, Mazda) dan juga beberapa pusat tuisyen di sesetengah kawasan bandar. Apa perasaan anda masa itu?

Semestinya kagum kan? Mesti terbit di hati, wah! Hebatnya dia. Yakinnya dia boleh bangunkan banyak cawangan pusat tuisyen. Apa yang boleh disimpulkan disini, terlalu nampak perkara yang berjaya daripada proses untuk berjaya.

.

.

Situasi mudah yang boleh di gunakan di sini, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang give up. Sekolah tutup, tapi kenapa pusat tuisyen perlu ditutup juga? Kenapa nak give up?

Adakah sebab pelajar tak boleh nak datang ke pusat tuisyen? Kalau macam tu, kenapa Perdana Menteri kita umumkan untuk laksanakan pembelajaran secara online?

Sepatutnya ambil peluang dan gunakan pengumuman Perdana Menteri kita sebagai senjata untuk bangkit? Laksanakan kelas online Tuan Puan. Orang lain boleh buat, kenapa bukan kita.

.

.

Saya ada terima feedback dari Tutor yang mengatakan kelas online ni kebanyakannya kearah yang lain. Arah yang macam mana? Banyak alasan dari tindakan. Antaranya pelajar tak sedia, pelajar tak seronok, ibu ayah tidak sokong, itu ini begitu dan begini.

Alasan, alasan dan alasan. Kenapa beri alasan untuk orang lain jika diri sendiri tidak bersedia? Sepatutnya, Tutor terlebih dahulu yang perlu tunjukkan bahawa anda sudah bersedia.

.

.

Lakukan persediaan untuk kelas online, sediakan framework, sediakan gambaran untuk ibu bapa dan pelajar bagaimana kelas itu akan berlangsung. Ini baru betul.

Semestinya ibu ayah mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka mahukan gambaran yang jelas bagaimana perjalanan kelas secara online berlangsung. Ini tidak, kita hanya gusarkan tentang kesempurnaan. Di sini ada kata-kata perkongsian dari Cikgu Nurul Nabihah Razali (Tutor Matematik UPSR dari CMN Academy Melaka)- Hargai prosesmu bukan hasilmu, give up ulang benda yang sama yg tak beri nilai pada diri.

Jadi apa yang saya mahu tekankan, jangan tunggu sempurna untuk buat sesuatu.

.

.

Give up yang kedua ialah cari jalan pintas untuk berjaya. Saya cukup pantang perkara ini. Kita nak elakkan jalan pintas. Bayangkan yang kita tidak menghargai pengalaman. Pengalaman untuk berjaya.

Pernah ada Tutor yang minta saya untuk ajarkan beliau jana pendapatan 5k – 10k sebulan. Pastinya boleh. Tapi saya tidak mahu yang beginii. Kita panggil sekecil-kecil matlamat adalah bila kita terlalu fokus kearah duit sehingga kita lupa manfaat yang kita beri itu lebih besar dari yang kita dapat. Setuju?

Jadi, tolong give up untuk cari jalan pintas. Bukan salah, tapi pada saya ianya salah. Kita tidak lalui proses yang sepatutnya org berjaya lalui.

.

.

Bagaimana cara untuk elakkan jalan pintas? Jawapannya cari mentor, cari guru. Berguru  dengan insan yang ceburkan diri dalam bidang yang sama dengan anda. Cari mereka ini sebagai rujukan. Rujukan dalam bidang kita sendiri.

Pentingnya rujukan ini adalah untuk ajar anda cara melalui proses yang betul kerana mereka telah berlangkah-langkah melaluinya berbanding kita.

.

.

Give up yang ketiga ialah give up dengan insan sekeliling yang toksik. Toksis yang bagaimana? Insan yang akan membantutkan kerjaya kita. Boleh jadi dari segi percakapan, cara menilai kita, tiada unsur membina tapi lebih kepada jatuhkan semangat kita.

Contoh ayatnya, kamu ni Tutor aje ke kerjanya? Belajar tinggi-tinggi alih-alih jadi Tutor sendiri sahaja. Wow! Keraskan ayat tu?

Sebenarnya anda boleh pergi lebih jauh. Buang jauh-jauh perkataan ‘aje’ dekat belakang tu. Percaya dan yakinlah bahawa anda boleh ‘sustain’. Boleh beli macam-macam hanya dengan hasil usaha sebagai seorang Tutor.

Kerjaya ini boleh survive, boleh bantu kita. Dekat mana orang toksik ini berada? Boleh jadi dalam rumah kita sendiri dan kalangan kawan-kawan kita. Sebab itu, bila ada orang macam ni, jangan bertengkar, give up dan senyap sahaja. Doa yang terbaik untuk dia dan sebagainya.

.

.

Terbalikkan kata-kata mereka sebagai push factor untuk diri anda. Tujuannya adalah untuk anda fight perjuangkan life anda, career dan jouney anda sebagai tutor.

Tunjuk apa yang kita mampu buat. Buat apa yang betul. Orang toksik bila tengok kita berjaya, sampai satu masa nanti, dia yang akan nak ikut kita.

Contoh, buat live di Facebook, jangan risau tiada yang  melihatnya, tapi biar ada matlamat untuk sampaikan manfaat.

Ada satu cerita kisah pencinta ikan. Dia sangat jaga ikan-ikannya. Dia belinya dengan harga yang mahal.

Ikan Emas. Gambar Ihsan Google.

Kalau ikan tu sakit dia bagi ubat (ubat cara ikan, mungkin injection). Beri makan yang bagus-bagus. Tapi akhirnya ikan tu mati jugak.

Kemudian, dia pergi jumpa Doktor Pakar Ikan untuk bertanyakan kenapa ikannya mati. Katanya macam-macam cara yang dia dah lakukan tapi kenapa ikan itu mati.

Lalu, Doktor itu bertanya kepadanya, apa yang dia lakukan pada ikannya? Kemudian dia cerita bahawa macam-macam yang dia lakukan. Tapi kenapa ikan itu mati? Sungguh marah..

Doktor itu pun jawab, kalau ikan itu sakit berterusan, bukan ubat penawarnya. Terkadang persekitarannya yang perlu diubah. Jadi, perlu tukar air. Tukar air yang lebih segar.

Air itu adalah persekitaran. 

.

.

Begitu juga dengan kawan-kawan kita. Berkawan dengan orang yang positif dan sentiasa sokong apa yang kita lakukan selagi ianya tidak salah. Kalau dapat kawan-kawan yang tidak support, agak-agak kitab oleh survived tak?

Truly no! Ini adalah keadaan yang buat kita down. Akhir sekali mereka tepuk tangan sebab kita gagal. Kita seronok tengok orang gagal sebab kita nak sentiasa nampak kita di atas. Betul? Semoga dijauhkan.

Namun, sampai satu tahap, orang toksik juga boleh jadi pembakar semangat untuk kita terus melangkah dengan jayanya.

.

.

Giveup yang akhir sekali (bonus) ialah tolong give up dengan diri sendiri. Give up dengan perkara yang jerumuskan diri bukan kearah capai matlamat. Bukan kearah yang memberi manfaat.

Bina skrip hidup kita setiap hari. Tulis apa yang kita nak lakukan dan nak capai setiap hari. Fokus pada perkara yang bermanfaat.  Wajib percaya bahawa dalam kehidupan ini akan ada keajaiban yang sangat membantu untuk jadi faktor utama yang mendorong diri kita.

Akhir kata, tolong give up dengan semua point-point yang saya sampaikan diatas.

Yakin Sebelum Berjaya & Be The Legend 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *